Di sini hanya dipaparkan contoh olahan idea corak pada badan ikan. Calon boleh juga membuat olahan idea dengan mengubah bentuk badan ikan 4 reka letak yang berlainan@berbeza perlu dilakarkan kemudian barulah memilih salah satu yang merupakan reka letak pilihan@terbaik Selain melukis untuk menunjukkan kedudukan corak dari pelbagai bahagian-bahagian kasut (kasut sebelah kanan bahagian luar, tepi, belakang atau kasut kiri bahagian dalam...dll) Calon juga boleh menunjukkan kedudukan corak tersebut secara hamparan bentuk terbelah atau memanjang...) Semua kajian secara kreatif, terancang, jelas, teratur, kemas dan mempunyai catatan adalah merupakan kriteria ciri-ciri calon gred A Selepas membuat 4 kajian warna, bolehlah lukis semula satu sahaja kajian warna yang menjadi pilihan terakhir pada sehelai kertas lukisan. Buat catatan secara ilmiah dengan memberi sebab mengapa warna2 tersebut menjadi pilihan Adalah lebih baik jika lukisan ...