Langkau ke kandungan utama

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS KRSV, SPM



PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN 
KERJA KURSUS 
PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM



LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 

2611/3 

PENDIDIKAN SENI VISUAL 
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL 

KERJA KURSUS 
Kertas 3 
Feb. – Julai 

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS 
PENDIDIKAN SENI VISUAL 
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL 
KERTAS 3 
FEBRUARI HINGGA JULAI 


Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 

2611/3 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 




1.0 PENGENALAN
Buku panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang terperinci kepada guru
dalam mengendalikan pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV)
bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran elektif dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Setiap calon yang mendaftar mata pelajaran
PSV peringkat SPM wajib menduduki 3 kertas iaitu Kertas 1(2611/1):Teori Seni,
Kertas 2 (2611/2): Seni Halus dan Kertas 3 (2611/3): Kerja Kursus KajianRekaan Seni Visual.

Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dan gurupembimbing secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
aktiviti-aktiviti luar bilik darjah. Penilaian adalah berdasarkan proses menghasilkanproduk meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Pengukuran dan penskoran
dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan
gred dan keselarasan penilaian.

Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan dari Februari hingga Julai
pada tahun semasa.

2.0 MATLAMAT KERJA KURSUS KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
Pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual bertujuan memenuhi matlamat
Pendidikan Seni Visual yang menumpukan kepada nilai keperibadian, kritis dan
kreatif, celik budaya, berpengetahuan secara imaginatif, berkemahiran secara
kolektif serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kerja kursus ini memberi pengalaman kepada calon untuk membuat
kajian dan penerokaan kepada penemuan-penemuan baru dengan mengutarakan
idea-idea kreatif dan relevan dengan keperluan persekitaran. Calon dibimbing oleh
guru untuk mencari, menganalisa, mengolah serta mencerakinkan minda bagi
menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat melahirkan generasi yang peka
dan sensitif serta berfikiran kreatif terhadap persekitaran dan keperluan-keperluan
semasa, celik seni, berminat dan berfikiran terbuka. Mengamalkan sikap prihatin
dan menghargai setiap kejadian dengan nilai-nilai yang tinggi.

3.0
OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

3.1
menghargai keindahan ciptaan Tuhan
3.2
memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
3.3
meningkatkan pengetahuan, daya kreatif, inovasi, disiplin, serta kemahiran
dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
3.4
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka
cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti
3.5
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual
3.6
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain
3.7
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks
perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa
3.8
menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
3.9
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya
dengan keselesaan hidup
3.10
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa


4.0
OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS KAJIAN REKAAN
SENI VISUAL
Objektif penilaian kerja kursus Kajian Rekaan Seni Visual adalah untuk menilai
kebolehan pelajar:

4.1
mengembangkan bakat dan potensi sedia ada secara berterusan
4.2
meneroka idea baru dengan kajian penyelidikan secara terperinci
4.3
memahami proses penghasilan sesuatu produk
4.4
mengenali dan memahami kaedah penghasilan yang berkaitan dengan bahan,
media dan teknik
4.5
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, psikomotor dan afektif
secara berterusan
4.6
mengetahui sifat dan fungsi unsur-unsur seni serta prinsip rekaan bagi
membolehkan pelajar berkomunikasi melalui hasilan seni visual
4.7
menghasilkan produk berkualiti sejajar keperluan dalam industri reka cipta
untuk dijadikan asas pembentukan kerjaya
4.8
memahami ciri dan keistimewaan produk kraf dan reka cipta dalam konteks
perkembangan budaya kebangsaan
4.9
mengamalkan nilai murni dan penghargaan

5.0
RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS KAJIAN REKAAN SENI
VISUAL BERASASKAN ELEMEN, ASPEK DAN KRITERIA
PENSKORAN
5.1
Mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.2
Membolehkan guru membuat penilaian sepanjang kerja kursus dilaksanakan
(Penilaian Proses).
5.3
Membolehkan guru menentukan skor dan gred yang dicapai oleh calon
berdasarkan penilaian berterusan.
5.4
Membolehkan guru mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar serta
berbincang dan membuat penambahbaikan untuk mencapai skor yang terbaik.
5.5
Pelajar mempunyai peluang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam penghasilan produk.
6.0
MAKLUMAT AM
6.1
Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh calon yang mengambil elektif
Pendidikan Seni Visual SPM bagi sekolah bantuan penuh kerajaan
atau swasta.
6.2
Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM dari Februari
hingga Julai.
6.3
Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa peperiksaan.
6.4
Dokumentasi kajian serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau
menggunakan cetakan komputer.
6.5
Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil produk hendaklah yang asli.
6.6
Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan asas yang diperlukan
untuk pelaksanaan kerja kursus.
6.7
Pengetua hendaklah mengesahkan semua kajian calon pada muka hadapan
folio dan artifak calon.

7.0 ARAHAN KEPADA CALON
7.1
Calon hendaklah menghasilkan folio kajian untuk menghasilkan produk bagi
mana-mana satu daripada sembilan tugasan yang diberi.
7.2
Kerja Kursus Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun
semasa peperiksaan.
7.3
Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari
Februari hingga Julai.
7.4
Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau
menggunakan cetakan komputer.
7.5
Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak.
7.6
Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas
berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
7.7
Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan
tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7.8
Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap
kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru
berserta tarikh.
7.9
Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk
mendapat gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian
minimum 60% bagi setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil
pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.
PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak
akan dicatatkan dalam sijil.
7.10
Lakaran yang menggunakan cetakan komputer sepenuhnya dihadkan
kepada tiga helai sahaja.
7.11
Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
7.12
Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak
dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
7.13
Semua lakaran dan dokumen sebagai bukti kajian calon hendaklah dijilid.
7.14
Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan
sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
7.15
Produk yang dihasilkan hendaklah berdasarkan maklumat dan kajian yang
telah calon lakukan dalam folio kajian.

7.16
Calon hendaklah akur dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
7.17
Tuliskan maklumat calon seperti nama, nombor kad pengenalan,
angkagiliran dan nombor pusat pada setiap produk.
8.0
ARAHAN KEPADA GURU PEMBIMBING
8.1
Guru hendaklah memaklumkan kepada calon arahan melaksanakan
kerja kursus.
8.2
Guru hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan
dan perinciannya.
8.3
Guru hendaklah membimbing calon dalam pemilihan tugasan.
8.4
Guru hendaklah menerangkan kepada calon mengenai aspek dan kriteria
penskoran serta gred.
8.5
Guru pembimbing hendaklah menyelia, membimbing, memantau dan
merekodkan pencapaian dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan
kerja kursus.
8.6
Penilaian kerja calon dilakukan secara berterusan dan guru
hendaklahmemaklumkan pencapaian semasa calon.
8.7
Dokumentasi kajian penghasilan produk dalam setiap tugasan kerja calon
yang telah disemak oleh guru akan dipantau dan diselaras oleh pegawai
penyelaras yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9.0 BIDANG CAKUPAN
Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) mengandungi empat bidang cakupan iaitu
bidang Kraf, Komunikasi Visual, Seni Halus dan Reka Bentuk.

Daripada 4 bidang tersebut terdapat 34 tajuk yang boleh dikemukakan sebagai
tugasan, tetapi hanya 9 tugasan sahaja akan diajukan kepada calon dalam
tahun semasa.

Tugasan-tugasan yang dikemukakan kepada calon meliputi tajuk-tajuk berikut:

BIL. BIDANG TAJUK
1 Kraf1. Batik / Cetakan Fabrik
2. Tembikar
3. Ukiran
4. Anyaman
5. Tenunan
2 Komunikasi Visual1. Logo
2. Poster
3. Simbol
4. Lencana
5. Sijil
6. Menu
7. Papan Tanda
8. Label
9. Risalah
10. Kulit Buku / CD / Kaset
11. Papan Iklan
12. Setem
13. Kad Ucapan
14. Kain Rentang
15. Ilustrasi
16. Reka Corak
17. Banting
18. Sampul Surat
19. Kraf Buku
20. Kalender / Takwim
3 Seni Halus1. Cetakan Kayu / Lino
2. Arca
4 Reka Bentuk 1. Landskap dan Persekitaran
2. Hiasan Dalaman
3. Pembungkusan
4. Industri
i. kenderaan
ii. perabot
iii. permainan kanak-kanak
iv. trofi

Pecahan tugasan yang akan diberikan kepada calon adalah seperti berikut:

Bidang Kraf -1 tugasan
Bidang Komunikasi Visual -1 tugasan
Bidang Seni Halus -1 tugasan
Bidang Reka Bentuk -2 tugasan

dan mana-mana 4 tajuk lain daripada bidang-bidang di atas untuk menjadikan
jumlah 9 tugasan.

10.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI
10.1 ELEMEN
Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual Pendidikan Seni Visual (2611/3)
mengandungi 2 elemen iaitu folio kajian dan artifak.

Hasil kerja akhir dalam kerja kursus KRSV ini meliputi potfolio dan
penghasilan artifak/produk. Penilaian terhadap kerja kursus ini adalah berdasarkan
kepada proses penghasilan sesuatu artifak dalam satu folio kajian. Lakaranlakaran
dan perkembangan idea yang diolah untuk mewujudkan satu produk
seperti dalam tugasan calon.

Folio kajian dan artifak/produk tidak boleh dinilai secara berasingan. Artifak sebagai
produk akhir hendaklah disokong penuh dengan folio kajian yang
dihasilkan oleh calon.

Folio kajian calon hendaklah mengandungi:

i.
maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan
dan sumber idea
ii.
lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii.
catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran
yang dihasilkan
iv.
kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v.
olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum
artifak dihasilkan
vi.
maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media
yang digunakan

Penghasilan artifak pula hendaklah dilaksanakan berdasarkan:
i.
tajuk dalam tugasan
ii.
spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap tugasan
iii.
kajian dan cadangan hasil kerja seperti dalam folio kajian
iv.
proses dan teknik seperti yang dinyatakan dalam folio kajian
v.
bahan dan media yang ditetapkan dalam folio kajian
vi.
kemasan dan persembahan
vii.
penghasilan secara manual
10.2 ASPEK
10.2.1 Pengetahuan dan Kefahaman
10.2.2 Imaginatif
10.2.3 Idea
10.2.4 Alat dan Bahan
10.2.5 Proses dan Teknik
10.2.6 Produk
10.2.7 Nilai

11.0 SISTEM PENILAIAN
11.1 Pencapaian
Tahap pencapaian calon akan ditentukan berdasarkan kriteria penskoran
dan penggredan.


11.2.3
Markah keseluruhan kerja kursus menentukan gred pencapaian calon.
Gred pencapaian calon dicatatkan dalam Borang Markah Calon
berdasarkan jadual di bawah:
BIL. GRED PENCAPAIAN MARKAH KESELURUHAN (%)
1 CEMERLANG 80 % – 100 %
2 BAIK 60 % – 79 %
3 MEMUASKAN 35 % – 59 %
4 SEDERHANA 16 % – 34 %
5 PENCAPAIAN MINIMUM 1% – 15 %




12.0 PENENTUAN SKOR
Penentuan skor calon berdasarkan kriteria penskoran seperti jadual di bawah:

KRITERIA PENSKORAN
                           
1 Pengetahuandan
Kefahaman
Memahami
kehendak tugasan
( 1 markah )
Memahami
kehendak tugasan
Mempunyai asas
melukis
( 2 – 3 markah )
Memahami
kehendak tugasan
Boleh melukis
Mampu mengolah
idea secara kreatif
( 4 – 5 markah )


2 ImaginatifMempunyai daya
imaginasi yang
minimum
( 1 – 3 markah )
Mempunyai
imaginasi yang baik
dan relevan
( 4 – 6 markah )
Mempunyai
imaginasi baik,
relevan dan realistik
( 7 – 10 markah )


3 IdeaMelukis
rupa asas motif
( 1 – 4 markah )
Mengolah
motif kepada idea
baru
( 5 – 10 markah )
Boleh mengolah
motif secara
terperinci, kreatif
dan analitik
( 11 – 17 markah )


4 Alat dan
BahanMengenal alat
dan bahan
( 1 – 3 markah )
Mengetahui
fungsi alat dan bahan
Menggunakan alat
dan bahan
( 4 – 9 markah )
Mahir
mempelbagaikan
penggunaan alat dan
bahan
( 10 – 15 markah )


5 Proses dan
Teknik
Mengetahui proses
dan menggunakan
teknik secara asas
( 1 – 4 markah )
Menggunakan teknik
mengikut sistem
dan prosedur
( 5 – 10 markah )
Mempelbagaikan
teknik secara kreatif
mengikut sistem dan
prosedur
( 11 – 18 markah )

KRITERIA PENSKORAN

Tidak mampu
menghasilkan artifak
( 1 markah )
Menghasilkan artifak
tetapi kurang
menepati
spesifikasi
( 2 – 14 markah )
Menghasilkan artifak
mengikut
spesifikasi
Menghasilkan artifak
yang berkualiti
( 15 – 25 markah )


7 Nilai
 Kurang berminat
Hasil tugasan kurang
bermutu
( 1 – 2 markah )
Berminat
Hasil tugasan yang
baik dan memuaskan
( 3 – 6 markah )
Komited dalam
menghasilkan
tugasan, kreatif
dan inovatif
( 7 – 10 markah )


JUMLAH MARKAH 100 Markah


MAKLUMAT INI HANYA SEBAGAI PANDUAN: dipetik daripada buku:
PANDUAN PERLAKSANAAN & PENILAIAN KERJA KURSUS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3
2611/3 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia (Terbitan:LPM)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYELARASAN TUGASAN- Kajian Rekaan Seni Visual. Kerja Kursus Kertas 3 (2611/3)

                                                                                                                                        SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2016 PENYELARASAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kajian Rekaan Seni Visual. Kerja Kursus Kertas 3 ...

Tugasan 9 - Arca Timbulan